Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Cinta Si Wedding Planner Vs Isteri vs Tunang

Dua-dua drama mama suka, tapi dua-dua ada ada persamaan dan perbezaannya... sapa sokong mama? Yang x sokong tu mesti x ikuti drama ni kan kan ...

CSWP

IvT

Persamaannya ialah :
1. Kedua-dua drama menampilkan watak lelaki yang 'lemah' kerana tak dapat melupakan memori masa lalu. Fariz dan Zaim masih teringatkan Shira dan Amira.. cuma bang Ngah suka Shira kerana terpaksa demi keselamatan Zara, tapi Zaim suka akan Amira tanpa mengetahui 'keburukan' Amira.. Lagi lembik Zaim kan kan...
2. Kedua-dua drama memaparkan watak isteri yang taat akan suami tetapi suami pulak buat hal.. tapi kes Zara, walaupun perkahwinan mereka diuruskan oleh keluarga tetapi Zara menerima dengan reda perkahwinan mereka, kes Alana pulak, dia ada kontrak sebelum berkahwin dengan Zaim tetapi selepas berkahwin mula berputik rasa cinta, namun kerana ego, dia x mahu meluahkannya sehingga memakan diri..
3. Drama CSWP Zara ada kak Dina dan mama sebagai geng dia, dalam drama IVT plak, Alana ada Puteri dan mama Zaim sebagai geng... macam sama jeee... 
4. Drama CSWP dah dekat nak habis, rasa2nya hepi ending coz bang ngah dah dapat buka password thumb drive tu dgn bantuan PA nya, tapi Zara plak kena langgar.. tapi harap2 hepi ending laa... Dalam drama IVT plak, baru nak mula konflik antara watak, jalan cerita masih panjang.. mama tertanya2 sama ada pertunangan Zaim n Amira kali kedua berjalan ke x, adakah pertunangan mereka berakhir dengan pernikahan, adakah Alana tak ambil tindakan atas haknya sebagai isteri, adakah betul Amira mengandungkan anak Zaim atau hanya cara untuk menambahkan geram Alana? Semua konflik tu akan menambah geram mama untuk menunggu di depan tv setiap jam 10, seangkan CSWP dah nak menuju klimaks dan akhirnya anti klimaks pada Isnin dan Selasa ni...

Perbezaan :
1. Boleh tengok sendiri le, 1 pakai tudung, 1 x, 1 muda anak dara, 1 isteri orang... tapi suka tengok Sycha berlakon semula, dah lama x tengok dia berlakon cuma perlu ada had le, takut2 Awal maree,...
2. Dahiyah anak mama x kekal lama depan tv time IVT tapi time CSWP dia hisap botol depan tv.. napa ek... hanya Dahiyah yg tau...

ok.... selamat menonton kedua2 drama ni dalam episod seterusnya,.. tapi jangan termimpi2 kan Zara, faris, zaim n Alana ye.... by by...



Sudah baca sila komen

5 comments:

Nor Azimah said...

Tak sempat nak tengok sbb abah tak kasi bukak tv, nnt tak siap homework,
Apapun masing2 ada pengajarannya kan;)

Aimaniman Ezaiza said...

akak pun x bagi anak2 tengok, siapkan homework dulu.. 2in1.. mata tengok tv, otak fikir nak tolong anak buat hwork.. lepas tu berlari nak p solat... uuiihhh

paridah said...

drama la ni ubahsuai citer jer tapi ok lh kreatif penulisnya.

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka tengok Mia Filzah tu tapi dua-dua drama ni kakak tak ada peluang menonton jadi tak tahu kisahnya..

Mas Zull said...

assalamualaikum aimaniman...yer la dua2 cerita mmg best...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012