Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Jus Caliph Supplement : Makanan Sunnah terbaik untuk Anak

Sebenarnya, banyak khasiat Jus Caliph ni, antaranya mama sempat copy n paste daripada laman web tentang khasiatnya untuk tatapan semua rakan. Anak mama, terutama boy no 2, Syahmi memang ada semua simptom di bawah kecuali kurang selera makan dan kerap demam. Simptom yang lain, seperti kurang berkomunikasi, kurang fokus, enggan buat homework, asyik cakap x da homework aje, sukar bangun tidur, menangis je apabila dikejutkan untuk bangun pagi, kurang daya tumpuan di kelas (feedback daripada guru kelas Syami) dan daripada kelas kedua semasa tahun 1 turun ke kelas keenam pada tahun 2! 
  • Anak anda kurang selera makan?
  • Kerap demam & selesema?
  • Kurang aktif dan kurang bercakap?
  • Anak anda susah menghafal dan tumpukan perhatian?
  • Anak anda kurang aktif dan tidak bermaya ?
Jika anak anda berumur 1 Tahun ke atas mengalami masalah ini, Jangan risau, mereka hanya perlu dibekalkan dengan makanan tambahan yang boleh membantu perkembangan otak dan meningkatkan fungsi nya. InshaAllah.

JIKA ANAK ANDA ADA MASALAH INI;
  • Sering bermain semasa guru mengajar (tidak fokus)
  • Tidak mahu membuat kerja rumah (malas sebab tidak faham)
  • Sukar bangun tidur untuk kesekolah (sering keletihan)
  • Suka memberontak dan bergaduh dengan adik beradik
  • Tidak mendapat kecemerlangan dalam pelajaran

InsyaAllah semua ini boleh di atasi dengan CALIPH Supplements.

Alhamdulillah setelah sebotol caliph mama beri kepada Syami, sekarang Syami mula boleh beri tumpuan dan ada keinginan untuk membuat homework. Buktinya, semasa tahun 1 apabila mama suruh buat homework, Syami lebih rela menangis dan kena marah daripada memegang pensel. Dia lebih rela dicubit daripada menulis. Tetapi, alhamdulillah akhir2 ini Syami dah mula nak menulis, dan cuba buat homework walaupun perlu bimbingan penuh daripada mama. 

stok caliph dalam peti ais

botol caliph yang dah habis

Mama bukan agen dan x sesekali nak promote Caliph ni tanpa testimoni benar daripada anak sendiri. Sebenarnya macam2 supplement mama dah cuba contohnya Habbatus Sauda, Omega Guard Shaklee dan minum madu sebagai rutin harian. Namun semuanya kurang berkesan sehinggalah mama mencuba Jus Caliph ni.  Kalau berpeluang mama memang nak menjadi agen supaya dapat membeli nya dengan harga ahli. 

Doakan Syahmi dapat menjadi kanak2 yang sihat, cergas, aktif dan fokus terhadap pelajarannya ya.. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya terus ketinggalan dalam pelajaran, walaupun kita tahu orang yang berjaya dalam akademik x semestinya berjaya dalam hidup, namun yang pasti orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang berpelajaran...

Malah Syami diminta oleh guru kelasnya agar dibawa berjumpa doktor kerana dikhuatiri mengalami disleksia kerana simptom2 disleksia memang ada seperti apabila menulis huruf b, d, a, p terbalik, tulis nombor 5, 7 terbalik, tak mau tulis ayat panjang2, sukar menyalin tulisan yang banyak di papan putih, dan Syami suka bersendiri dalam dunianya.  Malah Syami juga lambat mula bercakap iaitu ketika umurnya menjangkau 4 tahun, tetapi yang peliknya apabila mama mahu berjumpa dengan terapist pertuturan, mula ada bibit2 bicara yang keluar daripada mulut anak mama.  Sama juga, apabila mama nak bawa Syami berjumpa doktor untuk diagnos simptom2 disleksia, Syami mula boleh fokus, mula boleh menulis ayat yang sederhana panjang dan mula sensitif dengan ejaannya yang terbalik! Kadang2 mama terasa yang Syami ni berlakon ke? 



Sudah baca sila komen

3 comments:

Mrs Velentine said...

mmg caliph ni terbaik

babYpose said...

InshaAllah moga Syahmi lebih fokus. belum ada peluang lagi nak beli caliph, memang nak cuba. Dah banyak botol tu,baru nampak, saya baru ja tahu tentang caliph ni. Baca testimonial bagus semua.

PeRdU cINta said...

alhamdulillah...moga istiqhomah ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012