Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Kalau Tambah Cuti ..

credit HM

baca di sini kalau tambah cuti


Kalau tambah cuti lagi... Mama rasa :
1. Semua orang akan marah cikgu
2. Semua orang akan kutuk cikgu
3. Semua orang akan maki cikgu
Maka...
Cikgu-cikgu pun akan bertambah2lah pahala pecuma.. yee
Sebenarnya mentaliti warga Malaysia ni perlu diubah terhadap tugas guru ye...
1. Tugas guru bukan setakat mengajar di bilik darjah
2. Tugas guru meliputi tugas A - Z, tugas di bilik darjah tu hanyalah tugas A yang tidak dapat dilakukan ..kalau tambah cuti..
Sebenarnya, kalau tambah cuti, macam tambahan cuti akibat jerebu dulu-dulu tu...
1. Cikgu tetap ke sekolah tau...  buat bbm untuk PAK1 guna duit sendiri, hias bilik khas, siapkan dokumentasi, dan 1001 macam lagi tugas selain mengajar
2. Cikgu2 tetap ke sekolah cuma anak-anak murid je yang x p... x caya? cuba check ke sekolah.. ada bran? 
Okey lah, sebenarnya guru-guru dalam dilema sama ada nak sambung cuti atau bersekolah macam biasa coz program dalam takwim tetap berjalan macam biasa dan peperiksaan tetap akan dijalankan pada November nanti.  Kalaulah semua orang berasa yang cikgu2 ni suka bercuti, memang lah betul kami suka time cuti kerana time cutilah kami dapat buat macam2 di sekolah dengan tenang... bukan buat kerja sambil jadi baby sitter kebanyakan anak zaman sekarang. Harapkan umur saja sudah menjangkau belasan tahun, tapi sikap jauh lebih rendah daripada umur sebenar. 

oppps tersedak mungkin anak2 form 5M mama... sorry
opppsss jom bercuti di bilik MBMMBI sambil mengecat, alamak tingal 3 hari lagi sompatke siap ni???



sapa kata cikgu cuti time cuti...

sapa kata anak cikgu bercuti time mama dia cuti?


Sudah baca sila komen

2 comments:

PeRdU cINta said...

PC faham sebab kawan kawan PC majoriti guru...sepupu sepupu PC juga ada yang guru...mereka juga sering habiskan masa di sekolah..

babYpose said...

Noble job as a teacher ni Cikgu, mungkin belum faham tentang cuti kerana ingat sama dengan murid. Rajin anak-anak menolong, syukur Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012