Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Manjakaki : first time memanja-manjakan diri

Manjaaaaa.. bila lagi nak bermanja-manja kan? Asyik tengok iklan manja tundukkan playboy itu je.., kekadang terasa juga nak mencuba memanjakan diri. Sebenarnya, dah lama nak ke Manjakaki ni, tapi x tau la kenapa tadi terdetik untuk pergi. Mungkin kerana tensyen tugas untuk menceriakan bilik MBMMBI tanpa guna sebarang kos, menyebabkan mama pun 'mengenakan kos' tu dengan memanjaaaaa kan diri...









Fuiih... sakit juga time kena urut tu. Puas tukang urut berbangsa seberang tu ter ek ek ek.. buang angin, mama steady je x berbunyi pun! Terasa sapa sebenarnya yang berangin ek? Sakit tau kena urut ni, tapi lepas berurut memang confirm ringan melayang2 badan tu. Rasa menyesal kerana selama ni x mau bermanja2 di Manjakaki. Kalau x confirm kalau bukan kaki x lenguh, kepala otak pulak lenguh tengok duit lesap. Apa taknya, sekali bermanja selama 60 minit, rm53 melayang. Memang pandai kan orang sekarang cari duit, cuma yang tak mau cari duit je yang x da duit...

Cerita bab duit ni, rasa geram plus hot juga kerana puas mama meminta bantuan, dah buat kertas kerja bagai untuk memohon bantuan menceriakan bilik khas di sekolah, namun 'depa' kekal mendiamkan diri, tapi bila bab menyindir bilik x ceria, 'bijak' betul mereka bersuara! Kalau arahan beserta barang atau arahan beserta modal, saat tu juga mama bergerak... tapi kenapa mama kekal membatu sampai bulan 3 ni? Haa, betul, coz arahan mereka cuma dengan ayaq liuq! Depa pikiaq ayaq liuq boleh ganti duit ke? Last sekali sebelum cuti haritu, mama terima wassap, 'bolehlah ceriakan bilik cuti ni..' Haaaa? Duit datang bergolek ke time cuti? Tak pa, duit poket mama masih banyak, mama terima derma dot dot dot, mama boleh buat semuanya, mama boleh tukar bilik stor jadi bilik pengantin hanya guna jelingan mata je! Betul,.. tadi mama jeling je kat nyonya kat nagoya tu, tup tup 30 meter kain dimasukkannya ke dalam beg mama! Lepas tu, jeling2 plus senyum2 je, apek ni pulak masukkan 3 tong cat ke dalam bonet alza! Wow, tu le kuasa 'senyuman' dan 'jelingan', kerja lain x mampu buat tu semua, cikgu je mampu. Arahan dengan ayaq liuq boleh menggantikan duit... sapa nak belajar dengan cikgu?

Orang lain bijak cari duit time segala2nya memerlukan duit dan nilai duit semakin mengecil ni, namun kami, cikgu ... me'nabur' duit semoga kami dapat kutip butir2 permata pahala di Sana nanti, in sha allah. Hanya harapan itu yang boleh menghiburkan hati mama, tapiiii... semua resit drpd nyonya nagoya dan apek kedai cat mama simpan dalam handbag, moga2 terbuka hati mereka untuk menggantikan semuala duit mama... aminnn....

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

1 comment:

Kakcik Nur said...

Kakcik suka berurut di Manjakaki cawangan Tesco Ampang. Tapi sejak nilai ringgit makin mengecil, nak berurut pun kena berkira...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012