Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Muat turun RPH Bahasa Melayu Alaf 21

Ada tak rakan-rakan guru yang mengalami nasib yang sama? Hari ini p mesyuarat, esok kena tukar semua!? Tanpa persediaan, tanpa masa, tanpa kudrat, kita YMP tetap akur. Kalau tak, boleh je, tapi rakan-rakan reda le dengan 'surat cinta'.. betul tak..

MUAT TURUN RPH BM ALAF 21


Mama rasa, banyak sekolah yang sudah lama menulis RPH Alaf 21 ni. Tapi ada juga yang masih belum, atau ada yang masih teraba-raba nak menulis RPH Alaf 21 ni, macam yang dialami oleh mama. Jenuh juga online, usha2 blog rakan2 guru, menokok tambah apa yang patut, dan akhirnya mama berjaya menulis RPH Alaf 21 untuk dihantar esok!. Tahniah pada diri sendiri....

Pada rakan-rakan yang mengajar opsyen yang sama dan tingkatan yang sama, bolehlah muat turun dengan klik link di atas. Mama rasa, kita sebagai guru ni kena bersatu, bukan sahaja mengadakan bank soalan, malah bank RPH Alaf 21 juga perlu diwujudkan. Cuba bayangkan kalau 1 orang guru menyumbang RPHnya untuk 1 minggu, jika kita ada 35 orang guru yang menyumbang pun, kita dah dapat RPH untuk setahun! Tepuk dada tanya selera laa...Kalau bukan kita, siapa lagi yang memahami beban dan tanggungjawab kita. Hanya jauhari yang mengenal manikam, hanya kita yang tahu betapa tertekannya kita yang terpaksa menyediakan RPH seperti RPH ketika praktikum dahulu setiap hari!. Kalau semasa praktikum, ideal la idea membuat RPH panjang lebar macam tu kerana kita guru baru, kita belum masak dengan ilmu pdp dan belum 'hafal' dengan ilmu yang akan disampaikan. Kedua, kita x de beban keluarga maksudnya tiada tanggungjawab terhadap keluarga kecuali tanggungjawab untuk diri sendiri je, kerana kebanyakan guru praktikum masih single... Ketia, guru praktikum hanya mengajar sementara dan tiada komitmen lain terhadap sekolah seperti ketua panitia le, ketua sukan le, setiausaha itu ini... patutle boleh senyum je mengusung RPH panjang lebar!

Pelik mama, dalam kita warwarkan idea kekalkan hijau, tapi kita sendiri ke arah menambah penggunaan kertas! Cuba bayangkan jika 1 hari kita ada 5 kelas, bermakna kita perlu menulis 5 RPH berbeza di atas 5 keping kertas! Konon nak gunakan RPH online, tapi Frog VLE bagai hidup segan mati tak mahu. Dah tu, macam mana 'Frog' nak melompat tinggi kalau 'YES' lembap macam kura-kura? Mungkin orang akan kata, hai cikgu ni banyak sangat mengeluhnya... ok, jom gunakan YES kami untuk membuat RPH online, bersabar tak anda semua? Fuiihh...

Kalaulah RPH online diwajibkan ... agak mama bakal diwajibkan pun, maka 'gendang lama' berbunyi semula! Dulu2 ada pihak kesian terhadap guru2 yang terpaksa mengisi PBS online sehingga tengah malam kerana pada waktu itu line ok... menyebabkan PBS ditukar secara offline sahaja, nanti2 bila RPH online diwajibkan dengan kemudahan YES yang macam tu juga, dan aplikasi masih di peringkat 'percubaan' maka guru2 akan sembab mata lagi untuk ke kelas. 

Eksperimen oh eksperimen bilakah akan berakhir?
Kadang2 terfikir kenapalah 'mereka' malu2 nak menyekolahkan
anak-anak 'mereka' di sekolah dalam negara.. he he hee..

Sudah baca sila komen

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012