Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Program Ilmu Gerhana Matahari di Sekolah

Memang betullah sekolah mendidik orang menjadi manusia... Memang benarlah guru arkitek membangunkan 'orang' menjadi 'manusia'. Mama terfikir, jika di rumah, anak2 dapat tak ilmu dan pengalaman tentang gerhana matahari ni daripada ibu bapa?









Di sekolah, pagi tadi proses mengilmukan murid tentang fenomena gerhana bermula dengan solat hajat gerhana matahari, selepas itu khutbah gerhana matahari, diikuti sketsa tentang proses berlakunya gerhana dan akhir sekali murid dididik teknik sebenar 'melihat' gerhana matahari. Terfikir dalam fikiran mama, jika di rumah ilmu sebegini mampukah diberikan oleh ibu bapa? Sebenarnya, ilmu ni boleh diajar hanya di dalam kelas-kelas sains atau oleh cikgu agama di kelas2 mereka, namun ilmu tanpa proaktikal tidak mungkin berjaya diserap masuk dalam jiwa anak2 kita. Justeru, berterima kasih lah dengan sedikit pengorbanan guru yang berusaha untuk 'memanusiakan' anak2 kalian. Walaupun tugas ini dianggap jauh lebih mudah daripada usaha pakar bedah menyelamatkan nyawa di dewan bedah, namun doktor hanya mampu menyelamatkan 1 atau 2 nyawa pada satu2 masa, namun usaha 'mudah' guru ini mampu menyelamatkan '1000' anak kitaada satua2 masa.. percayalah bahawa usaha mudah ini tidak semudah yang disangka..

posted from Bloggeroid


Sudah baca sila komen

1 comment:

uncle gedek said...

Uncle tompang tengok gambar orang je….! huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012