Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Sistem Pendaftaran Atas Talian : Tahun 1 2017

Jika ada anak yang bakal memasuki darjah 1, jom daftar kemasukan darjah 1 secara online di sini kerana pendaftaran secara online ni  sudah dibuka dari 1 Mac 2016 yang lalu. Sebagai ibu bapa, kita jangan berlengah2 ye, takut2 kita terlupa nak daftar anak dan bermacam2 karenah nanti yang bakal kita hadapi kesan daripada kecuaian kita tu...

Caranya mudah je.... 
mula-mula klik link tu atau di sini https://public.moe.gov.my/

kemudian.. kena daftar dulu... ikut je apa yang di nak

Nak semak ke nak daftar tahun 1...

kemudian, klik la sama ada permohonan baru atau kalau nak semak klik semak permohonan..

taraaaaa... Yeya dah berjaya didaftarkan secara on9

langkah selamat, save dalam laptop supaya menjadi bukti

Dah daftar on9, jangan jerit yeee je, kerana kita kena daftar di sekolah yang kita pohon tu selewat2nya 2 minggu selepas pendaftaran secara on9.  Senarai semak dokumen asal dan salinan yang perlu dibawa semasa pendaftaran di sekolah ialah :

1. mykid/ sb anak yang didaftarkan tuu
2. bil utiliti
3.kp ibu bapa
4.surat nikah/cerai
**5. pengesahan hak penjagaan
** 6. pengesahan OKU

Kemudian, pesan le pada encik2 somi yang bakal mendaftarkan anak tu, tolonglah berpakaian formal dan ala-ala nak ke pejabat walaupun lepas daftar anak terus nak p memancing, coz kerani sekolah ni kekadang lebih sudu daripada kuah, sorry ye yang terasa,.. kat mana-mana pejabat kerajaan pun, kerani di kaunter kebiasaannya akan bersikap 'pilih bulu'. Ibu bapa yang berpakaian kemas dianggap 'berada' layanan pun agak mesra berbanding yang berselipar jepun!(peringatan untuk mama juga khas untuk en somi yee). Kadan-kadang guru-guru 'ikan bilis' ni pun dilayan agak kasar, permintaan untuk fotostat dan riso dipandang sepi berbanding arahan guru-guru 'ikan jaws'... So, apatah lagi jika ibu bapa yang berpakaian ala apek jual ikan! 

Lepas daftar di sekolah, tunggu je le pengesahan daripada sekolah untuk petempatan anak di sekolah berkenaan.  Tujuan pendaftaran awal ni supaya pihak sekolah boleh memohon peruntukan untuk tahun 2017 mengikut bilangan murid yang mendaftar. So, kita mudahkan tugas pihak sekolah, agar urusan anak kita bersekolah pun mudah juga, betul tak? Almaklumlah, jika pendaftaran last minute, alamat anak akan ditendang ke mana-mana sekolah yang kosong le.. siapa yang susah, kita juga kan?

teringat waktu pendafatarn f1 di sekolah mama
Pendaftaran lewat bukan sahaja menyusahkan malah membuatkan anak kita ditempatkan di kelas akhir kerana terlepas ujian saringan petempatan kelas...


Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012