Pages

@aimaniman |

Sekolah semakin Mengerikan!

Bukan kerana  tetapi.....
Image result for hrmis dan Image result for pelan strategik 2017 -2020yang membuatkan weekend mama semakin menyesakkan kepala dan esok nak pergi ke suatu tempat yang mengerikan, iaitu sekolah!

Mama bukan setahun dua dah jadi guru, malah kenangan lama sebagai guru amat menyentuh kalbu dengan 1001 kenangan manis, terutama ketika di Johor walaupun masa tu jadi SU peperiksaan, SU Kurikulum, buat pembentangan untuk sekolah 3K peringkat negeri ke kebangsaan ke, lupa den... jadi juri pertandingan gimrama MSSM .. jadi cephron ke banyak daerah keliling johor, jadi ajk statistik MSSKT dan banyak lagi, tapi yang penting time tu kepala otak tak tensyen.  Oppsss jangan kata time tu mama cikgu PJK ya... mama cikgu yang ajar subjek teras untuk PMR, SPM dan STPM ye.. upper six mama ajar walaupun mama selalu keluar sekolah, tapi yang penting mama tak tensyen, hati senang, keinginan dan keikhlasan nak mengajar tu ada..

Tapi... tahun 2016 ni, walaupun hanya mengajar f1, f4 dan f5... hanya SPM je yang memoningkan kepala, f1 dan f4 bak orang kata tu boleh santai2... tapi tensyennya melebihi ajar 3 kelas peperiksaan macam dulu2! Sebabnya mudah je.. semua insan bergelar guru mesti ada jawapannya.  Kami tidak lagi bekerja sebagai guru, tetapi menjadi 'hamba' kepada 1001 pakej internet yang x user friendly.. Dua benda kat atas tu, HRMIS dan Pelan strategik baru dua je, APDM kehadiran, APDM data murid yang belum diupdate2 lagi tu, SAPS yang x leh nak buang n tambah kelas, e prestasi, e operasi yang x leh nak update gaji, cuma update mukim n daerah je... apa daaa.. suh orang update tapi blh update certain2 benda jer.. oppsss da lagi satu SSDM yang lagi gila x user friendly langsung, nak buang murid pun kena online.. tahu la ni bulan berapa? yuppp bulan Ogos iaitu bulan ke-8 untuk tahun 2016, baru diperkenalkan, tup2 kena buat surat buang online, kena keyin ketidakhadiran murid dari bulan 1, chek tarikh dia x datang dari bulan 1, nak ulang lagi dari bulan 1.. selama 60 hari.. ulang lagi selama 60 hari! Kalau internet yang tersedia selaju kereta ferari x apa, ni siput babi pun malu nak berlumba! Tu belum lagi kesalahan murid pun kena masuk online,.. tapi sorry la ye, untuk keyin data kesalahan murid guna data Umobile mama kerana kesalahan yang dikeyin tu pun belum tahu diterima sebagai kesalahan disiplin, atas budibicara guru disiplin dan HEM la plak atau semata2 kerana ketidakupayaan guru mengawal kelas! hampeh...

kepada anak-anak dan adik-adik yang nak jadi guru
bersedialah mental, fizikal, emosi dan duit untuk menjadi hamba segala e-
#datakamudatasekolahdatakerajaandataKPM
#duitkamuduitsekolahduitKPM

Muridku Meninggal Dunia ...

Innalillah hi wainna illahirajiun...
Kalau sudah tiba masanya, tidak kira kau baru berumur 16 tahun pun, kau pasti akan dijemput-Nya...


semoga keluargamu tabah atas kehilangan ini.. takziah diucapkan..

Serius mama nak cerita, walaupun hanya sempat mengajar di kelasnya selama +- 3 bulan, tu pun selepas pertukaran jadual kedua, kemuadian apabila pertukaran jadual ketiga kelasnya diambil alih oleh pengetua baru yang mahukan kelas tingkatan 4, namun mama amat mengenalimu. Kamu 'berani berbicara', bukan banyak mulut, bukan biadab tapi berani menegakkan pendapat kamu. Tu yang kita selalu bertikam lidah, dan akhirnya apabila mama 'akur' kerana malas nak memanjang2kan cerita, kamu n de geng sering kata mama 'kalah'. 

Kamu juga seringkali menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu..." ketika mama masih mengajar di kelas kamu.. tak tahulah lagu untuk lawak, atau benar2 doa ikhlas kamu, memandangkan lagu kamu sekelas sering kali memecah keheningan kelas2 lain yg khusyuk mendengar ajaran guru.  Pendek kata, gelagat riang kamu memang benar2 menghiburkan mama walaupun kadang2 agak naik darah juga. Semoga kamu tenang di sana, tempat yang mama tidak pernah sampai, walaupun gurumu ini jauh lebih berusia daripada kamu.  Segala kenangan mengajar di kelas kamu tak mungkin hilang daripada lipatan ingatan mama....

Raya ke-6 di Sekolah.. hu hu hu

Hari ini bermulalah semula sesi persekolahan selepas 8 hari kita cuti puasa plus cuti raya. Hari yang penuh dengan warna-warni, apa taknya, orang lain pukul 2.30 dah start engin keta p beraya, tapi hang sorang2 buat apa?..


key in markah ULBS ooppps bloom ye
baru key in nama jerrk

donlod senarai nama f4 daripada saps

Haaa... dua benda ni lah yang mama buat sepanjang raya ke-6 ni. Seb baik line yes sekolah ni laju giler time semua cikgu beraya kat rumah orang, so mama pun kira pecut giler guna yes ni. alhamdulillah. Cilok sana cilok sini, akhirnya 7 kelas dengan senarai nama terkini mama dapat donlod. Bukan tok se nak minta drpd penyelaras apdm ke apa ke, tapi almaklum depa nak beraya.. so mood depa tentu ke laut nak donlod2 nih, so p amik ko daripada saps, alhamdulillah dengan guna id su peperiksaan mama dapatle mendonlod dengan bebas petang ni!


kawan2 jom siapkan file ULBS,.. minggu depan Pkw nak datang weei..

Web Whatsapp ... Download Whatsapp daripada PC

Hot.. Hot.. Ilmu baru... Baru x baru, tapi bagi mama memang ilmu baru... pada sesiapa yang belum tahu, jom baca entri mama kali ni ye..

haaa.. p kat website ni, klu nak berwhatsapp di pc aka laptop

kalau2 playstore kata yur device isn't compatible with this version.. hu hu hu

Haaa.. kan ilmu baru tu kan... sekurang2nya x yah le nak termenjerit bila kluar macam tu kat playstore atau nak kena start engine nak p kedai hp nak donlod whatsapp coz dah boleh buat sendiri tau.. 

Ok, pada kesempatan ni mama nak ucapkan selamat hari raya pada semua rakan,.. lepas ni mungkin blog ni bersawang semula coz mama kena siapkan fail ULBS, 21.7 i ada pemantau nak datang n mama kena siapkan pelan strategik.. hu hu hu.. sapa yg dah buat tu share2 la eee....











Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin daripada mama... luv u ol...

Plan Hari Raya vs Pelan Strategik

Plan Raya tahun ni agak ke laut! Sedih memang sedih tetapi mama kena reda dengan apa yang berlaku,.. ingatkan perubahan lebih meudahkan tetapi perubahan makin memeritkan, almaklum kereta yang ditukar berenjin turbo, tapi pemandunya pulak berenjin viva!

Pelan yang membuatkan Plan Raya mama ke laut!


Kawan-kawan guru mesti tengah berserabut nak membina pelan ni kan? Pelan strategik 2017-2019. Walaupun 2017 ada lagi 5 bulan nak menunjukkan muka, namun 'enjin turbo' gear 5 tu mahukan kami menyiapkannya dalam masa sebulan, bermakna selepas raya.. selepas raya okey kena siapkan! Kenapalah satu demi satu dugaan melanda time mama ada di sekolah ni. Terkenang zaman baru2 posting di kota tinggi dulu2, alangkah manisnya momen itu. Observe? Memang boleh dikira guna jari, masing2 buat atas kepercayaan terhadap rakan, bukan nak menyusahkan rakan. Yang penting result PMR dan SPM, malah STPM sekolah kami memang excellent!

Kini, menumpang tuah di bumi Selangor, segala2nya berubah, semuanya berubah. Bekerja bukan atas dasar seronok bekerja, tetapi kerana terpaksa. Bukan kerana segala 'e' bagai, tetapi dek sikap orang atas yang syok sendiri. Mama teringat kisah di Kota Tinggi, x pernah diobserve pun result kami memang kaw-kaw punya. Yang x boleh nak tackle murid hujung, kaka2 senior dengan rela hati sanggup menggantikan kelas, asal saja 'berbayar' yang esoknya dihidangkan dengan mi sedap hasil tangan mereka! Itulah keramatnya sekolah itu yang tiada lagi pada masa ni.

Sekolah baru ni, segala2nya macam 'plastik'. Kelas tambahan hampir setiap hari, x kira bulan puasa pun! Buat apa kita nak berpenat2 tapi hasilnya ke laut? Hampir setiap tahun guru2 bermati2an membuat kelas tambahan, cuti dikorbankan, masa di sekolah dimaksimumkan, namun hasilnya tetap sama. Tak pernah ke pentadbir ni terfikir, otak murid n otak guru ni bukannya mesin yang boleh digunapakai  secara maksimum. Biar kita bertindak secara bijak, bukan bekerja seperti hamba. Buat kelas tambahan hanya untuk 'memeriahkan paper work' baik x payah, mama ulang lagi, x payah! Seingat mama, time di kota tinggi dulu2,.. mama mengajar F3, F5 dan F6, tapi setiap kali cuti, kami diberikan kebebasan untuk berjumpa keluarga aka balik kampun. Hasilnya, guru2 senang hati dan seronok bekerja... 

Raya 2016 lagi satu memori hitam melanda pada diri mama. Makin terasa x seronoknye mengajar, x bestnya dijadikan hamba dipaksa2 macam 'lembu' dicucukk hidung. Pada bulan puasa kali ni, bukan saja setiap hari ada kelas tambahan, yang muridnya ada le 5-6 orang jer, tu pun terlentok, jasad je di kelas tetapi minda entah ke mana... mama juga dikerah dengan Ladap dan sesi info hampir setiap hari n setiap minggu,.. sampai ke Khamis, 30 Jun lepas ni pun kami masih berladap dan berbengkel untuk menyiapkan Pelan strategik! x haru ke? Kata orang, memenangi hati orang bawah baru kerja lancar dan licin, ni kalau dah rasa bosan dan tertekan melebihi keseronokan bekerja,.. x taulah macam mana hasilnya nanti.  Malah ladap untuk cara melakukan observation juga akan diberi,.. issshhhh kenapa perlu cari salah guru? Korang x pernah jadi guru ke, sebelum jadi orang nombor satu? Ingat guru2 suka ke asyik dilihat time mengajar? Malah bila observation dilakukan, guru2 bertambah2 jadi 'plastik' .. berlakon untuk mendapatkan markah, berlakon untuk memenangi hati orang atasan. Kalau tak guna PAK21 dikira gagal.. walaupun sebenarnya kegagalan guru apabila anak murid gagal SPM, itu kepuasan sebenar kami, iaitu apabila anak2 murid lulus SPM bukannya kami mendapat markah 95 dalam hrmis... 


bolehlah tekan sini tengok apa kami buat pada 30.6.16 time korang p buat persiapan Raya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012