Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Muridku Meninggal Dunia ...

Innalillah hi wainna illahirajiun...
Kalau sudah tiba masanya, tidak kira kau baru berumur 16 tahun pun, kau pasti akan dijemput-Nya...


semoga keluargamu tabah atas kehilangan ini.. takziah diucapkan..

Serius mama nak cerita, walaupun hanya sempat mengajar di kelasnya selama +- 3 bulan, tu pun selepas pertukaran jadual kedua, kemuadian apabila pertukaran jadual ketiga kelasnya diambil alih oleh pengetua baru yang mahukan kelas tingkatan 4, namun mama amat mengenalimu. Kamu 'berani berbicara', bukan banyak mulut, bukan biadab tapi berani menegakkan pendapat kamu. Tu yang kita selalu bertikam lidah, dan akhirnya apabila mama 'akur' kerana malas nak memanjang2kan cerita, kamu n de geng sering kata mama 'kalah'. 

Kamu juga seringkali menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu..." ketika mama masih mengajar di kelas kamu.. tak tahulah lagu untuk lawak, atau benar2 doa ikhlas kamu, memandangkan lagu kamu sekelas sering kali memecah keheningan kelas2 lain yg khusyuk mendengar ajaran guru.  Pendek kata, gelagat riang kamu memang benar2 menghiburkan mama walaupun kadang2 agak naik darah juga. Semoga kamu tenang di sana, tempat yang mama tidak pernah sampai, walaupun gurumu ini jauh lebih berusia daripada kamu.  Segala kenangan mengajar di kelas kamu tak mungkin hilang daripada lipatan ingatan mama....


Sudah baca sila komen

2 comments:

PeRdU cINta said...

Al Fatihah...moga rohnya tenang di sana...di satu daerah yang satu ketika kita juga bakal menyusul...

norhidana miswan said...

Alfatihah.... moga keluarganya diberikan kekuatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012