Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Plan Hari Raya vs Pelan Strategik

Plan Raya tahun ni agak ke laut! Sedih memang sedih tetapi mama kena reda dengan apa yang berlaku,.. ingatkan perubahan lebih meudahkan tetapi perubahan makin memeritkan, almaklum kereta yang ditukar berenjin turbo, tapi pemandunya pulak berenjin viva!

Pelan yang membuatkan Plan Raya mama ke laut!


Kawan-kawan guru mesti tengah berserabut nak membina pelan ni kan? Pelan strategik 2017-2019. Walaupun 2017 ada lagi 5 bulan nak menunjukkan muka, namun 'enjin turbo' gear 5 tu mahukan kami menyiapkannya dalam masa sebulan, bermakna selepas raya.. selepas raya okey kena siapkan! Kenapalah satu demi satu dugaan melanda time mama ada di sekolah ni. Terkenang zaman baru2 posting di kota tinggi dulu2, alangkah manisnya momen itu. Observe? Memang boleh dikira guna jari, masing2 buat atas kepercayaan terhadap rakan, bukan nak menyusahkan rakan. Yang penting result PMR dan SPM, malah STPM sekolah kami memang excellent!

Kini, menumpang tuah di bumi Selangor, segala2nya berubah, semuanya berubah. Bekerja bukan atas dasar seronok bekerja, tetapi kerana terpaksa. Bukan kerana segala 'e' bagai, tetapi dek sikap orang atas yang syok sendiri. Mama teringat kisah di Kota Tinggi, x pernah diobserve pun result kami memang kaw-kaw punya. Yang x boleh nak tackle murid hujung, kaka2 senior dengan rela hati sanggup menggantikan kelas, asal saja 'berbayar' yang esoknya dihidangkan dengan mi sedap hasil tangan mereka! Itulah keramatnya sekolah itu yang tiada lagi pada masa ni.

Sekolah baru ni, segala2nya macam 'plastik'. Kelas tambahan hampir setiap hari, x kira bulan puasa pun! Buat apa kita nak berpenat2 tapi hasilnya ke laut? Hampir setiap tahun guru2 bermati2an membuat kelas tambahan, cuti dikorbankan, masa di sekolah dimaksimumkan, namun hasilnya tetap sama. Tak pernah ke pentadbir ni terfikir, otak murid n otak guru ni bukannya mesin yang boleh digunapakai  secara maksimum. Biar kita bertindak secara bijak, bukan bekerja seperti hamba. Buat kelas tambahan hanya untuk 'memeriahkan paper work' baik x payah, mama ulang lagi, x payah! Seingat mama, time di kota tinggi dulu2,.. mama mengajar F3, F5 dan F6, tapi setiap kali cuti, kami diberikan kebebasan untuk berjumpa keluarga aka balik kampun. Hasilnya, guru2 senang hati dan seronok bekerja... 

Raya 2016 lagi satu memori hitam melanda pada diri mama. Makin terasa x seronoknye mengajar, x bestnya dijadikan hamba dipaksa2 macam 'lembu' dicucukk hidung. Pada bulan puasa kali ni, bukan saja setiap hari ada kelas tambahan, yang muridnya ada le 5-6 orang jer, tu pun terlentok, jasad je di kelas tetapi minda entah ke mana... mama juga dikerah dengan Ladap dan sesi info hampir setiap hari n setiap minggu,.. sampai ke Khamis, 30 Jun lepas ni pun kami masih berladap dan berbengkel untuk menyiapkan Pelan strategik! x haru ke? Kata orang, memenangi hati orang bawah baru kerja lancar dan licin, ni kalau dah rasa bosan dan tertekan melebihi keseronokan bekerja,.. x taulah macam mana hasilnya nanti.  Malah ladap untuk cara melakukan observation juga akan diberi,.. issshhhh kenapa perlu cari salah guru? Korang x pernah jadi guru ke, sebelum jadi orang nombor satu? Ingat guru2 suka ke asyik dilihat time mengajar? Malah bila observation dilakukan, guru2 bertambah2 jadi 'plastik' .. berlakon untuk mendapatkan markah, berlakon untuk memenangi hati orang atasan. Kalau tak guna PAK21 dikira gagal.. walaupun sebenarnya kegagalan guru apabila anak murid gagal SPM, itu kepuasan sebenar kami, iaitu apabila anak2 murid lulus SPM bukannya kami mendapat markah 95 dalam hrmis... 


bolehlah tekan sini tengok apa kami buat pada 30.6.16 time korang p buat persiapan Raya!

Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012