Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Sekolah semakin Mengerikan!

Bukan kerana  tetapi.....
Image result for hrmis dan Image result for pelan strategik 2017 -2020yang membuatkan weekend mama semakin menyesakkan kepala dan esok nak pergi ke suatu tempat yang mengerikan, iaitu sekolah!

Mama bukan setahun dua dah jadi guru, malah kenangan lama sebagai guru amat menyentuh kalbu dengan 1001 kenangan manis, terutama ketika di Johor walaupun masa tu jadi SU peperiksaan, SU Kurikulum, buat pembentangan untuk sekolah 3K peringkat negeri ke kebangsaan ke, lupa den... jadi juri pertandingan gimrama MSSM .. jadi cephron ke banyak daerah keliling johor, jadi ajk statistik MSSKT dan banyak lagi, tapi yang penting time tu kepala otak tak tensyen.  Oppsss jangan kata time tu mama cikgu PJK ya... mama cikgu yang ajar subjek teras untuk PMR, SPM dan STPM ye.. upper six mama ajar walaupun mama selalu keluar sekolah, tapi yang penting mama tak tensyen, hati senang, keinginan dan keikhlasan nak mengajar tu ada..

Tapi... tahun 2016 ni, walaupun hanya mengajar f1, f4 dan f5... hanya SPM je yang memoningkan kepala, f1 dan f4 bak orang kata tu boleh santai2... tapi tensyennya melebihi ajar 3 kelas peperiksaan macam dulu2! Sebabnya mudah je.. semua insan bergelar guru mesti ada jawapannya.  Kami tidak lagi bekerja sebagai guru, tetapi menjadi 'hamba' kepada 1001 pakej internet yang x user friendly.. Dua benda kat atas tu, HRMIS dan Pelan strategik baru dua je, APDM kehadiran, APDM data murid yang belum diupdate2 lagi tu, SAPS yang x leh nak buang n tambah kelas, e prestasi, e operasi yang x leh nak update gaji, cuma update mukim n daerah je... apa daaa.. suh orang update tapi blh update certain2 benda jer.. oppsss da lagi satu SSDM yang lagi gila x user friendly langsung, nak buang murid pun kena online.. tahu la ni bulan berapa? yuppp bulan Ogos iaitu bulan ke-8 untuk tahun 2016, baru diperkenalkan, tup2 kena buat surat buang online, kena keyin ketidakhadiran murid dari bulan 1, chek tarikh dia x datang dari bulan 1, nak ulang lagi dari bulan 1.. selama 60 hari.. ulang lagi selama 60 hari! Kalau internet yang tersedia selaju kereta ferari x apa, ni siput babi pun malu nak berlumba! Tu belum lagi kesalahan murid pun kena masuk online,.. tapi sorry la ye, untuk keyin data kesalahan murid guna data Umobile mama kerana kesalahan yang dikeyin tu pun belum tahu diterima sebagai kesalahan disiplin, atas budibicara guru disiplin dan HEM la plak atau semata2 kerana ketidakupayaan guru mengawal kelas! hampeh...

kepada anak-anak dan adik-adik yang nak jadi guru
bersedialah mental, fizikal, emosi dan duit untuk menjadi hamba segala e-
#datakamudatasekolahdatakerajaandataKPM
#duitkamuduitsekolahduitKPM

Sudah baca sila komen

1 comment:

norhidana miswan said...

hrmis di wujudkan utk menyenangkan tp kadang lg menyusahkan adalha...

dana pun selalu kene bab nk mohon cuti... kadang kite dh mohon semua ikut apa yg betul tup2... cek hrmis lain lak mcm yg kite mohon.. pastu nk betulkan sgt lah leceh...

kadang lbh baik pakai manual je dr pakai hrmis nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012