Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Kelab Fotografi : Kalaulah mama sehebat Saiful Nang


Kalaulah mama sehebat Saiful Nang, kofem mama x susah hati nak buat aktiviti Kelab Fotografi!

Hmmm.. cuma angan2 aja rupanya. Esok, sama macam hari2 Rabu yang lepas, kepala otak mama mengalami gegaran maha hebat nak fikir apakah aktiviti paling cun, paling menarik dan paling kebaboom untuk ahli Fotografi.  Mungkin ada yang kata, apa susah.. buat aja pertandingan fotografi, sediakan hadiah bla bla bla. Tapi korang tau ke yang ahli kelab mama ni hanya ada beberapa orang saja memiliki kamera, ramai yang ada handphone tapi handphone benda yang diharamkan di sekolah!.. Tu la, kalaulah handphone dihalalkan, sure dah mama buat aktiviti mengambil gambar bebas... maka bebas bertebaran lah ahli2 kelab mama mengambil gambar sambil cikgunya menikmati air kopi giant! ha ha ha.. angan2 jee...

Alternatifnya, kalau x ada kamera... maka setelah memerah otak setelah puas menyiapkan pengistiharan harta di HRMIS dan siapkan OPPM pelan strategik tuut, mama pun ada idea. Nak tiru? Jom la try... jom buat puzzle paling susah di dunia. Haaa.. mama gugel gambar depan dan belakang kamera, kemudian print saiz A4 dan kerat2 gambar tuu ikut suka hati mama! Maka aktiviti paling kebaboom esok ialah menyusun puzzle gambar kamera dan melabelkan kamera tersebut!... Haa hebat x mama? Sekurang2nya walaupun x sehebat Saiful Nang dalam bidang fotografi, tapi mama hebat menyediakan aktivit last minute... yg biasa mama lakukan setiap minggu! Ada sesiapa nak join? Joom la, kita buat puzzle.. siapa cepat dia menang.. bab hadiah? jangan risau... boucer makan minum di cafe aka kantin cik Kiah.. RM 3 untuk johan, Rm2 untuk naib johan dan RM 1 untuk tempat ke-3.. kan hebat2 cikgu2 di Malaysia ni menyelesaikan masalah.. Mama rasa, selain cikgu .. x mampu orang lain nak cipta idea sehebat ni, fullamak, angkat bakul masuk sendiri laaa...

kalau di facebook mama x skodeng FB Saiful Nang 
tapi Warga prihatin lagi best

Sudah baca sila komen

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tak dinafikan menjadi seorang cikgu memang selalunya kena kreatif
Mencari idea terbaik sentiasa ada di mindanya
Itulah cikgu adalah insan terpilih.

norhidana miswan said...

terbaik idea tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012