Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Projek Mengumpul Soalan ...

Anak nak periksa, mak yang pening kepala....

Image result for pening kepala
alahai comelnya kalau pening macam ni, siap posing ..

Anak cool je, emak pening kepala takut2 anak gagal. Dulu2 time mama kecik2, rasanya abah dan emak x takut kerana apa2 yang dia orang ajar, itulah yang keluar dalam periksa, almaklum.. abah dan emak merangkap cikgu di kelas! Lain pulak keadaannya dengan mama, ajar anak orang tapi anak sendiri tak berapa nak reti nak mengajar. Jalan penyelesaiannya, nasib baik ada mr Al Gugeli.. mama pun download la soalan2 past year final exam year2 and year3 untuk semua subjek yang anak2 mama ambil.  Kalau nak, bolehlah mengugeli di sini.. http://www.sistemguruonline.my/2015/10/himpunan-soalan-akhir-tahun-bagi-darjah-1-2-3-4-dan-5-kssr-pelbagai-subjek.html Lepas download soalan, jomlah buat sama2 dengan anak2 kita, biar emak berkorban sikit kan..

Projek mengumpul soalan ni, mama rasa amat2 berkesan kerana semasa PPT aritu, markah kakak Iman jauh berbeza berbanding semasa dia darjah 2 dulu. Tahun lepas, mama cuma belikan buku latihan dan buat latihan berdasarkan buku di pasaran .., tup2 yang keluar dalam periksa lain daripada yang dibuat dalam latihan. Tapi, bila buat latihan ala-ala soalan sebenar ni, alhamdulillah keputusannya memang jauh berbeza. Almaklum, buku latihan ditulis oleh pakar yang bukan guru, berbanding soalan past year tu dimuat naik oleh guru yang mengajar, yang tahu silibus dan format terkini soalan.  Jadi, pada ibu2, selain paksa anak2 buat latihan dalam buku dari kedai, cuba2lah buat past year exam juga, in sha allah berbaloi2. 'Doktor2' yang tulis buku rujukan n buku latihan tu, bukan cikgu yang mengajar dalam kelas. Mereka tu lebih pada syok sendiri, percayalah, hanya guru yang mengenal 'manikam', hanya guru yang mengenal potensi anak didik, jadi soalan yang dihasilkan oleh guru lebih praktikal untuk dunia anak2 kita... jangan didera mereka membuat latihan standard doktor n profesor di universiti, mereka hanyalah anak2 kita yang baru berumur 8 dan 9 tahun!

Sudah baca sila komen

2 comments:

Jari Manis said...

Biasanta mcm tu lah kak..ibu yg terlebih risau

ezaiza Iza said...

Tul la.. naluri keibuan kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012