HADIAH MISTERI SEMPENA BLOG BERBAJU BARU

January 01, 2018

HADIAH MISTERI SEMPENA BLOG BERBAJU BARU

Sebenarnya, dah hampir 3 minggu blog mama tak berupdate. Mama terlalu sibuk dengan tugasan akhir tahun di sekolah. Malah, sekolah sudah bercuti 2 minggu pun, kerja mama masih belum selesai! Kesibukan mama bermula dengan tugasan menyediakan Ladap Hebat kepada guru-guru bahasa Melayu, walaupun hanya untuk 10 orang, namun gemuruhnya macam nak bercakap di hadapan 1000 orang tau. Kemudian, mama sibuk nak menyiapkan buku Pengurusan Sekolah yang asyik kena edit je, almaklumlah apabila guru berjaya dalam permohonan pindah, maka ajk pun berubah le, maka buku pengurusan kena edit lagi. Lagi satu, mama sibuk dengan tugasan menyediakan tapak e-RPH. Memang berpinau mata menyediakan tapak ni tau, sapa yang pernah buat atau ditugaskan tanpa rela memang tau lah macam mana siksanya tugasan ni. 

e-RPH yang memang menguji sifat kesabaran mama

Dalam sibuk dengan tugasan tu, mama berkenalan dengan sis Hawa kerana designnya yang awesome membuatkan mama menukar 'baju baru' blog ni untuk kali kedua dalam masa dua bulan! Sebelum ni, baju blog mama direka oleh maisarah.  Kedua-duanya memang hebat, terima kasih banyak-banyak.  Pada rakan blog yang dah bosan dengan baju blog masing-masing, bolehlah cuba designer yang mama sebutkan tu ye, confirm tak kan menyesal.

Baju baru blog mama

Yang bestnya, mama boleh klik gambar dari sini je, x perlu continue reading tau...

Tapi yang x bestnya, bilangan komen x boleh tengok dari sini, makna kena continue reading dulu... uwaaaaa

Butang media sosial yang lebih awesome.... nak komen kat butang no 5 ye... jom komen 

Terima kasih kepada pereka baju blog mama, dalam sebulan, ada dua pereka baju yang awesome dan baik hati, maisarah dan sishawa... tqvm ye... blog mama semakin cantik...

Ni lagi satu benda yang menyedihkan, walaupun dapat pakai 'baju' baru, namun mr Nufnang dah hilang...

Haaaa... untuk mengembalikan pengunjung setia dan pengomen yang rajin di blog mama, mama nak berikan hadiah misteri tau...

Pada bulan Disember ni, mama mahu memberikan hadiah misteri  sempena blog berbaju baru iaitu produk Marykay kepada pengunjung setia dan pengomen yang rajin menulis komen membina di blog mama ni. Syaratnya, hanyalah : 

 1. klik dan follow IG mama, harap2 rajin la ye... 
2. kemudian like fb mama 
3. komen entri mama... 
4. Share di FB dan Tweet entry ni *** pilihan jee

Jika nak warwarkan pada kawan digalakkan, tapi kalau x mahu pun x apa. Yang penting, buat tiga benda di atas tu sahaja dan beritahulah dalam komen entri ni.  Pemenang hadiah misteri sempena blog berbaju baru iaitu produk Marykay dipilih berdasarkan senarai pengomen terbanyak di blog mama sepanjang bulan Disember ni. Nanti, pada 31 Disember 2017, mama akan umumkan 5 pemenang hadiah misteri  sempena blog berbaju baru iaitu produk Marykay ni. Kalau x umum pun, kita boleh tahu dengan melihat di side bar blog mama! Nak tahu apa dia hadiah misteri sempena blog berbaju baru iaitu produk Marykay ni? Kalau bagi tau, tak misteri la kan... so tunggu ya, tapi serius mama nak kata hadiah memang awesome kerana produk Marykay kan.  Tapi, mama cuma boleh berikan hadiah untuk pengomen blog dari Malaysia sahaja ya, ++kerana melibatkan kos penghantaran jika pemenang dari negara jiran.  Tang ni, mama memang minta maaf banyak2... *bajet popular, macam la ada pengunjung dari negara jiran kan...

Ok, hadiah misteri  sempena blog berbaju baru iaitu produk Marykay ni bermula dari saat ini.  Jom la follow IG, like FB dan komen blog mama. Bye bye...

You Might Also Like

21 Comment

  1. Kesian cikgu, cuti2 pun banyak kerja.

    ReplyDelete
  2. cantik baju baru blog Iza ni ...

    ReplyDelete
  3. akhir tahun begini cikgu sibuk ya
    urusan anak sekolah

    meski blog tak terupdate tapi masih ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tugas, kena redo saja... bila ada masa ni baru mula balik update blog..

      Delete
  4. cntik n simple sgt. i really love this

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm.... komen banyak2 ya, nnati dapat sesuatu yg misteri...

      Delete
  5. bertambah ohsem blog mama.. - jmr23.com

    ReplyDelete
  6. Cantik baju baru blog mama... Nanti kita join segment yang mama anjurkan ni

    ReplyDelete
  7. Kita pun guna servis sis hawa. Cantik !

    Singgahsini dari www.mawarassufi.com

    ReplyDelete
  8. cantik template..color pun sy suka

    ReplyDelete
  9. Tahniah cikgu..cantik templat baru blog :D

    ReplyDelete
  10. kesian cikgu,cuti-cuti pun banyak keje yer...

    Salam Perkenalan,
    Pengedar Vivix Shaklee Malaysia

    ReplyDelete
  11. Mama pun buat sishawa.. mmg puas Hati.. cubalah Cari code yg boleh keluarkan jumlah komen

    ReplyDelete
  12. Selamat maju jaya cikgu! Cantik template baru. Kemas jee. Nanti nak view entry inovasi dalam pdp tu laa :)

    ReplyDelete
  13. cantik template blog ni.kemas jer

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels