Cara Mudah Guna Aplikasi Android dalam Laptop

January 17, 2018

Cara Mudah Guna Aplikasi Android dalam Laptop 


Lama dah mama tak menulis dalam blog.  Rasa rindu tu memang ada, tapi disebabkan oleh kesibukan tugasan di sekolah rasa rindu terhadap blog, mama pendam sahaja jauh di sudut hati.  Hari ini, mama mahu berkongsi cara mudah untuk menggunakan aplikasi Android dalam Laptop.  Biasanya kita menggunakan apps android dalam handphone atau tab kan, kita cari dalam Google Play, download dan kemudian gunakannya dalam hp atau tab.  Namun begitu, jika kita mahu membuat presentation atau kerja yang memerlukan ketekunan dan keselesaan, lebih mudah kita buat dalam laptop.  Betul tak? Masalahnya, aplikasi android tiada dalam laptop, so macam mana nak buat?

Haa, hari ni mama nak berkongsi Cara Mudah Guna Aplikasi Android dalam Laptop.  Bagaimana? Pertama sekali, kita perlu download apps ni ke dalam laptop kita iaitu Bluestacks.  Google je, gerenti ada... atau klik la link Bluestacks di atas. He he he... mudah kan, kemudian download ke dalam laptop. Oleh sebab mama nak buat video Kejohanan Merentas Desa, so mama download la apps FilmoraGo melalui apps Bluestacks tadi dalam laptop mama.

Mama dah ada apps ni dalam laptop, so tekan open je
Caranya, klik Home --> System Apps

Klik Google Play
Taip la apa-apa apps yang kita mahu  kemudian klik install

Mudah kan, bolehlah tayangkan aplikasi android dalam laptop di kelas nanti.  Barulah nmanya cikgu Abad 21 kan kan kan.  Cara ni alternatif bagi guru2 yang tiada Screen Beam Mini 2 (SB2).  Kalau ada SB2, tak perlu masukkan apps ni dalam laptop bagai, pancar je daripada hp atau tab.. kan sonang.

Ok, balik semula kepada Cara Mudah Guna Aplikasi Android dalam Laptop, hari ini mama nak tunjukkan cara mudah menggunakan apps FilmoraGo dalam Laptop.  Haa jangan silap baca ya, dalam Laptop, bukan dalam HP atau Tab ya.. 

Kita boleh pilih gambar yang mahu dijadikan video tu dalam photo atau Google ** FB dan IG belum boleh ya

Kalau klik photo, memanglah tiada kerana FilmoraGo ni apps di HP
Cara nak ambil gambar dalam laptop ialah, klik Home --> Syst apps --> Media Manager --> Import from window
Haa klik je le gambar yang ada dalam laptop yang mahu dimasukkan dalam video kita..

Selepas dah pilih gambar, kita boleh pilih themes yang kita suka dengan klik menu di kanan paparan FilmoraGo, kemudian kita juga boleh pilih music dan transition ala-ala macam powerpoint tu.  Bab music ni, jika tak mahu gunakan yang sedia ada, kita boleh ambil daripada laptop kita. Caranya, macam nak ambil gambar tadi, klik Home --> Syst apps --> Media Manager --> Import from Window --> klik audio.. dan ambillah daripada koleksi lagu kita dalam laptop.  Apa2 pun, kita perlu berani dan rajin nak explore... 





Semoga entri Cara Mudah Guna Aplikasi Android dalam Laptop 
dapat memberi manfaat buat semua.






You Might Also Like

2 Comment

  1. Oh begitu. Baguslah tutorial mudah ni. Kinah pun dah ingat2 lupa nak download apps pakai laptop. Lama sangat laptop tersimpan. Sekarang baru guna balik. Huhu

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels