JOM JADI JUTAWAN EMAS

January 28, 2018

Jika tidak bermula dari langkah pertama, tidak mungkin akan ada langkah kedua, ketiga dan seterusnya kan?  Jadi jika kita tidak memulakan langkah untuk menjadi jutawan emas, angan-angan itu hanya tinggal sebagai angan-angan siMat Jenin.  Tapi, jika kita mulakan langkah, tidak mustahil angan-angan untuk menjadi JUTAWAN EMAS akan menjadi realiti.  Ingat ye, untuk menjadi JUTAWAN EMAS kita tidak perlu menjual barang kemas atau apa-apa yang ada kaitan dengan emas dan akhirnya 'mengayakan' upline kita.  Join PG untuk menjadi jutawan emas bukan seperti join syarikat MLM ya, kita penat-penat membeli, kita penat-penat menjual.. upline yang untung. Upline dapat hadiah macam-macam, upline dapat pergi melancong, upline dapat tambah kekayaan.  Join PG bermakna, kita akan membina empayar emas sendiri dan memulakan langkah untuk menjadi Jutawan Emas!

Untuk menjadi dealer PG, kita perlu membeli emas sebanyak 100 gm x 187 = 18700++.  Memang tak mungkin la kan.  Dulu mama jadi dealer pun kerana ada offer jadi dealer dengan hanya 5k! Terus mama rebut peluang tu. tapi serius mama kata, mama bukan dealer yang aktif kerana mama bukan dilahirkan untuk menjadi peniaga yang pandai mengeluarkan kata-kata manis sehingga ramai berminat mahu membeli.  Mama hanya menjadi dealer untuk mama mendapat insentif 1% daripada setiap pembelian.  Bukan 40% dan bukan 20% dan bukan.... ya, cuma 1% je insentif yang melebihkan mama berbanding bukan dealer.  Cuba kira, jika ada yang membeli PG atau membeli dalam akaun Gap dengan menggunakan PG acc mama, mama hanya dapat 1% dan jika mama membeli emas PG melalui acc Gap, mama juga akan dapat 1%.  So jika mama beli dan jika ada downline beli baru dapat 1% tu. Harga pun tidak ada keistimewaan jika jadi dealer, yang istimewanya hanya +1% dalam acc. 

Ok, apa dia acc Gap? Siapa yang tahu boleh teruskan membeli emas melalui acc gap dan sesiapa yang tidak tahu, jom baca.  Acc gap ialah acc emas kita.  Kita membeli emas dengan memasukkan duit dalam acc pg.. alaaa macam kita beli melalui Lazada, Shopee, 11 Street dll. Mama tunjukkan cara membeli emas melalui acc Gap menerusi gambar di bawah ya..

mula-mula kena login https://www.publicgold.com.my
Kemudian, klik kat GAP buy now tu

Kemudian, masukkan nilai kita nak beli emas... minimum rm100 ya

kemudian klik click to pay

seterusnya klik bank online kita

seterusnya klik agree and continue

seterusnya isilah semua yang bank tu mahu, macam kita nak beli barang online..

bila dah selesai bayar, klik kat anak panah tu dan kita akan kembali ke website PG

haa.... kita pun dapat check berpa baki emas dalam acc gap kita tu
Jangan pula takut kerana kita tidak dapat emas.  Emas tu kita boleh redeem dengan pergi ke mana-mana branch PG.  KOs untuk redeem emas dari acc Gap kepada emas fizikal memanglah ada dikenakan tapi serius lebih murah jika kita beli emas fizikal terus kerana emas yang kita simpan ni adalah emas 999 ya bukan 916.  Ok, JOM JADI JUTAWAN EMAS....


JOM JADI JUTAWAN EMAS

You Might Also Like

7 Comment

  1. selamat menjadi jutawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meang agak sinis tapi kita yakin apa yg kita buat, selagi x melibatkan mlm, rasanya impian tu x mustahil.. cuma kena istiqamah la

      Delete
  2. wah jadi jutawan..best2 jadi jutawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best, terutama kalau tengok dealar, master dealer dll yg mampu kumpul emas banyak2 dan pengumpul emas yang istiqamah menyimpan...

      Delete
  3. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  4. Wow, jom jadi jutawan emas ;)

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete
  5. bestnyer dapat jadi jutawan ;D

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels